Ikuti jejak warisan Adat Perpatih merentasi Negeri Sembilan, dari Broga hinggalah ke Seri Menanti.
Bukan sekadar pertandingan, tapi satu kembara mengenali tanah adat sendiri.
Sila baca dengan teliti sebelum mendaftar. Dengan mendaftar, anda bersetuju terikat dengan syarat-syarat berikut.
10 daripada 20 checkpoint disahkan setakat ini. Peta penuh akan dikemaskini.
Minimum 2, maksimum 4 ahli sekumpulan. Sila isi maklumat sebenar mengikut Kad Pengenalan.
Cara soalan disampaikan dan bagaimana jawapan dinilai.
Setiap checkpoint diberikan satu soalan dalam bentuk pantun/kiasan. Lokasi tidak disebut secara terus β peserta perlu mentafsir petunjuk untuk mengesan tempatnya.
Jawapan bagi setiap 20 checkpoint adalah dalam bentuk gambar bukti diambil di lokasi sebenar, dihantar terus melalui sistem digital.
Sesetengah checkpoint mempunyai syarat khas (contohnya membeli barangan dan mendapatkan resit bercop kedai) selain gambar bukti.
Mata diberikan berdasarkan kelajuan menyelesaikan checkpoint dan ketepatan jawapan/bukti yang dihantar.